Tarawikh pada malam 1 Ramadhan |
Bagaimanapun, adakah ini terjadi di masjid kita? Saya tidak mahu memberi jawapannya kerana setiap antara kita melihatnya setiap waktu berjemaah. Adakah perkara ini sukar sangat dilakukan?
Alangkah indahnya, orang yang sampai dahulu, memenuhi saf hadapan dan yang datang kenudian tidak perlu `lalu di celah-celah orang’ kerana ingin mengisi `lompong kosong’ di sana-sini.
Mungkin kita akan marah sekiranya ada yang menegur, “Tuan tidak tahukah bahawa kita perlu memenuhi saf paling depan dulu? Takkan tuan setua ini tidak tahu? Perbilangan juga ada berkata. Yang dulu, didulukan. Tak faham?”
Jangan nanti, ada pula yang berkata, “Di Malaysia ini, tahu dan buat itu dua perkara yang terlalu kontradik.” Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan