Blog komuniti ini dibangunkan untuk mendekatkan ahli-ahli kariah dengan program dan aktiviti masjid. Hanya ahli kariah yang tahu, apa yang dimahukan. Pandangan dan cadangan dialu-alukan! Alangkah indah jika ia disampaikan secara berhemah pula.

Media Pengukuh Silaturahim Ahli Kariah

Jumaat, 8 Julai 2011

Rafik Masjid Perantara Jawatankuasa/ Pegawai - Ahli Kariah

Haji Zulkifli Abu, pentadbir blog Foto: A. Latif Ghonah
Pentadbir blog Rafik Masjid Kariah Paroi Jaya, Haji Zulkifli Abu berpeluang memperkenalkannya kepada jemaah yang hadir pada solat Jumaat hari ini (8 Julai 2011). Dalam penjelasan kira-kira lima minit itu, beliau menjelaskan matlamat pembangunan blog berkenaan dan meminta ahli kariah memanfaatkannya secara positif.
   "Blog ini boleh menjadi perantara yang berkesan di antara jawatankuasa/ pegawai masjid dengan ahli kariah; dan begitu sebaliknya," katanya.
  Menurut beliau, program dan aktiviti masjid perlu mendapat penilaian daripada kumpulan sasarnya sendiri iaitu ahli kariah sama ada ianya berkesan atau sebaliknya.
  "Mungkin selama ini, ahli kariah tidak berpeluang memberi maklum balas secara bersistem dan ia boleh menimbulkan kesan negatif.
  "Uji dan umpat boleh dielakkan, sekiranya ahli kariah disediakan saluran yang betul," tegasnya.
   Bagaimanapun, ujarnya sebagai pentadbir blog ini, beliau berharap teguran dan cadangan yang dilontarkan melalui blog ini perlu berhemah dan mengikut lunas-lunas Islam.
  "Tidak semestinya sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dalam suasana marah-marah yang kemudiannya memungkinkan fitnah," tegasnya kemudian, ketika ditemui petang ini.

2 ulasan:

  1. As salam ...Syabas Tn Hj Zolkpli Abu..semoga usaha tuan akan diberkati Allah swt. Di sini saya ingin ambil kesempatan agar tuan dapat menyediakan satu column khas untuk pembaca/ahli kariah memberi pendapat dan cadangan.Atau pengendali blog memaparkan semua cadangan dan pandangan di blog yg dihantar melalui email. Cara ini dapat membolehkan cadangan/pandangan itu dibaca oleh pelayar blog ini, dan mungkin boleh ditambahbaik cadangan/pandangan berkenaa. Wallahhualam

    BalasPadam
  2. Terima kasih! Cadangan saudara diterima. Sebentar lagi saya akan menyediakan kolum itu. Untuk makluman saudara dan pengunjung lain, buat masa ini setiap komen yang ditulis di bawah setiap berita/ makluman akan terus disiar secara automatik. Saya yakin dan percaya, semua ahli kariah Paroi Jaya tahu tanggungjawabnya. Insya-Allah, kami akan terus bersifat telus. Lagipun ini bukan blog politik!

    BalasPadam