Blog komuniti ini dibangunkan untuk mendekatkan ahli-ahli kariah dengan program dan aktiviti masjid. Hanya ahli kariah yang tahu, apa yang dimahukan. Pandangan dan cadangan dialu-alukan! Alangkah indah jika ia disampaikan secara berhemah pula.

Media Pengukuh Silaturahim Ahli Kariah

Khamis, 7 Julai 2011

Buku Baru!



Mulai minggu ini salah seorang tuan guru kita, Ustaz Shuhadak Mahmud akan menggunakan buku barunya "40 Teknik Rasulullah Mengajar" untuk kuliahnya. Bagi membolehkan kita mengikuti kuliahnya dengan berkesan, ahli-ahli kariah boleh membuat pesanan melalui Bendahari, Haji Sidek Maamor.
Harga pasaran: RM28.00
Pesanan melalui masjid: RM20.00

Pesanan juga boleh dibuat melalui E-Mel: rafikmasjid@gmail.com

1 ulasan:

  1. Buku yang sepatutnya ada pada setiap ibu bapa kerana kita adalah guru pertama. Sayangnya buku yang hebat ini tercalar wibawanya kerana penerbit tidak memberi perhatian kepada masalah bahasa - kesalahan ejaan ditemui di sana-sini. Pastikan ia tidak berulang dalam cetakan akan datang. Saya yakin buku ini boleh laris di pasaran.

    BalasPadam