Blog komuniti ini dibangunkan untuk mendekatkan ahli-ahli kariah dengan program dan aktiviti masjid. Hanya ahli kariah yang tahu, apa yang dimahukan. Pandangan dan cadangan dialu-alukan! Alangkah indah jika ia disampaikan secara berhemah pula.

Media Pengukuh Silaturahim Ahli Kariah

Selasa, 5 Julai 2011

Manfaatkan Teknologi Untuk Agama

Johani Hasan - Foto: A. Latif Ghonah
Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS), Tuan Johani Hasan meminta setiap masjid di negeri ini bertindak lebih kreatif untuk menarik ahli-ahli kariahnya ke masjid.
   Berucap di majlis penutupan sambutan Israk Mikraj dan pelancaran blog Rafik Masjid di Masjid Kariah Paroi Jaya, 2 Julai lalu, beliau mahukan teknologi terkini dimanfaatkan sepenuhnya kerana infrastruktur dan kepakaran mengenainya telah sedia ada di masjid-masjid khususnya di bandar.
 "Sebagai contoh, apa lagi yang tidak ada di masjid ini? Selain kemudahan asas, ramai ahli kariah di masjid ini mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.
    "Manfaatkan teknologi dan kepakaran mereka seoptimum mungkin," tegas beliau yang turut melancarkan tiga blog yang diusahakan ahli kariah. Blog-blog itu ialah komentarhariini.blogspot.com yang dikendalikan penulis skripnya, Shariff Ahmad yang tinggal di Taman Pinggiran Golf, ceritaapaapasaja.blogspot.com, milik penulis Zulkifli Abu (Taman Pinggiran Golf) dan suarahati.blogspot.com, kendalian penyair terkenal, Mahaya Mohd. Yassin (Taman Paroi Jaya).

2 ulasan:

  1. Salam, tahniah atas usaha pembaharuan,moga hal ini berterusan.Cadangan tak seberapa- rasa-rasa koperasi boleh diwujudkan atau tidak untuk kariah paroi jaya?koperasi nanti boleh buat pelaburan dalam perniagaan daging ke hartanah ke,boleh tambah pendapatan kariah paroi jaya.Ok tak cadangan ini

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Perkara ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Masjid.

    BalasPadam