Blog komuniti ini dibangunkan untuk mendekatkan ahli-ahli kariah dengan program dan aktiviti masjid. Hanya ahli kariah yang tahu, apa yang dimahukan. Pandangan dan cadangan dialu-alukan! Alangkah indah jika ia disampaikan secara berhemah pula.

Media Pengukuh Silaturahim Ahli Kariah

Selasa, 5 Julai 2011

Tandas Lima Bintang!

Alat pengering tangan...
Imam dan setiausaha masjid mencuba sinki baru
Nazir dan jawatankuasa masjid membuat penilaian

Bertaraf 5 Bintang! Itulah kata-kata usikan beberapa jemaah yang sering datang ke masjid kepada nazir, imam dan beberapa ahli jawatankuasa dan pegawai masjid.
     Tandas lelaki dan perempuan yang telah diubahsuai itu telah dapat mula digunakan sejak 1 Julai lalu. Ia bukan sekadar menggunakan bahan penyudah (ubin, paip, pintu dan lain-lain) yang bermutu tinggi tetapi mempunyai tarikan artistik.
     Tandas ini turut menyediakan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan VIP.
     Tidak rugilah belanja yang dikeluarkan dan masa yang diambil untuk mendapatkan kualiti yang terbaik.
     Bagaimanapun terdengar juga usikan bahawa tandas VIP yang lebih kerap digunakan oleh pengunjung biasa. Jadi, perlukah salah satu tandas ini dilabel Tandas VIP?

2 ulasan:

  1. Salam, tahniah kpd AJK masjid kariah Paroi Jaya kerana berjaya menyediakan kemudahan tandas yg baik,moga kemudahan lain juga baik terutamanya bahagian bumbung yg banyak bocor.lagi satu tandas VIP rasanya tidak perlu,jgn labelkan seseoarang berdasarkan status

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Teruskan memberi pandangan untuk kebaikan kita bersama. Syabas!

    BalasPadam